Rabu, 24 Agustus 2011

NiL4i CiNt4Mu



Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu
( 1 )
Kurenungi gambarmu
Kubaca surat surat mu
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Kuharap dikau pun
Begitu jua
( korus )
Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati
( ulang 1 saja )
( korus )
Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...


mendengar lagu Nilai Cintamu yang berkumandang di MP3.
membuatkan ku terdiam..
mengapa dikala hatiku sedang diketuk rindu yang teramat, 
kehadiran lagu-lagu sebegini mencuit rasa dan hatiku..
seolah-olah ia sedang menduga hatiku saat ini..
entah kenapa, 
hari ni aku tak tenang dan damai..
ingatanku padanya terlalu kuat hingga ingin..
 menitiskan air mata kerinduan yang sedang kehujanan dihati..
Ku akui, 
rinduku padanya kini terlalu kuat..
sukar untuk ku ungkapkan kerinduanku dengan baris kata-kata..
setiap hari, 
ku menanti dan terus menanti..
adakah dirinya turut berperang dengan rasa rindu untukku..
adakalanya, 
ingin ku meluahkan segala rasa hatiku padanya..
betapa aku teramat merinduinya..namun aku hanya wanita biasa..
tak mampu meluahkan semua rasa dan perasaan..
hanya tangisan yang sering berperang dalam diri..
mengertilah kekasihku, 
air mata ini bukan kelemahanku.
ianya kekuatanku untuk mengurangkan beban dihatiku ini..
sukarkan kasih untuk kita leraikan segala rindu dihati ini..
hanya Tuhan yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita..
Kini, DIA sedang menguji ketabahan dan keikhlasan hatiku mencintaimu..
akan ku cuba gagahi hari ini dengan senyuman,.
 walaupun aku tak mampu untuk mengukirkan senyuman paling manis seperti selalu..
Kasih, 
hari ini ku tak mampu menahan rindu ini..
perlahan-lahan ianya menusuk jantungku..
dengarlah matahariku, 
suara tangisanku..
alamak termasuk skrip lagu MATAHARI lak..
hehehe..tapi hakikatnya, 
aku mendambakan cahaya kasihmu seperti selalu..
ku kan nanti kehadiranmu..
dengarlah kasih, suara hatiku..
ku amat rindukan dirimu..


KU AMAT MERINDUIMU!!
TERTITIS AIR MATA DIHATIKU
KERANA MERINDUIMU..
sayang..
HADIRLAH DISISIKU..
AKU AMAT MERINDUIMU

Tidak ada komentar:

Posting Komentar